Maklumat Delivery

Teknologi penghantaran yang lebih mudah

Dengan 6 tahun pengalaman dalam industri ini, kami telah berjaya menghasilkan satu sistem dengan formula yang dapat memastikan kos penghantaran yang anda bayar adalah sangat tepat mengikut lokasi yang anda pilih.

Kami berani memberi jaminan kos penghantaran kami adalah antara yang paling murah dan tepat di Perak. Anda tidak perlu lagi risau, hanya masukkan lokasi dan sistem kami akan kira mengikut lokasi anda dengan kedai kami.

Kami memahami anda kerana kami juga pengguna seperti anda. Kerana senyuman anda adalah keutamaan kami

Tentang servis penghantaran kami

Waktu operasi kami:

  • Isnin – Jumaat = 9 Pagi hingga 6 Petang
  • Sabtu = 9 Pagi hingga 1 Petang
  • Ahad = Cuti

Slot Penghantaran Standard (Hanya untuk penghantaran standard sahaja, tidak termasuk bahagian Last Minute Order) :

  • Slot 1 = 9.30 Pagi hingga 5.30 Petang
  • Slot 2 = 6.30 Petang hingga 10.00 Malam

Slot Penghantaran Last Minute Order (Penghantaran hari yang sama) :

  • Waktu Order = Hari yang sama sebelum jam 4.00 Petang
  • Waktu Penghantaran = 9.30 Pagi hingga 10.00 Malam ( Setiap hari kecuali hari Ahad = Cuti )

Penghantaran ada 3 bahagian yang perlu anda fahami.

  • Penghantaran BAHAGIAN 1, jika anda ingin order sebarang produk di dalam website kami, anda harus membuat order awal sekurangnya satu hari sebelum tarikh penghantaran (Contoh: Anda ingin kami hantar pada 15hb dan anda perlu buat order selewatnya pada tarikh 14hb).
  • Penghantaran BAHAGIAN 2. Jika anda perlukan gubahan pada hari yang sama, anda boleh pergi ke bahagaian “Last Minute Order”. Sila baca lebih lanjut di ruangan “Last Minute Order”
  • Manakala BAHAGIAN 3. Jika anda memerlukan gubahan anda sampai pada waktu yang sangat spesifik, anda boleh tekan bahagian “Icon Whatapps” di bahagian bawah kiri website dan berbincang dengan team kami secara terus.

Kami ada menyediakan bahagian “Last Minute Order” untuk anda yang memerlukan gubahan pada hari yang sama. Namun begitu, hanya order yang dibuat sebelum JAM 4 PETANG sahaja akan kami hantarkan pada hari yang sama dan tidak semua gubahan tersedia dalam kategori ini. Kami hanya menyediakan beberapa jenis gubahan yang mudah dan cepat dihasilkan oleh team kami.

Slot Penghantaran Last Minute Order (Penghantaran hari yang sama) :

  • Waktu Order = Hari yang sama sebelum jam 4.00 Petang
  • Waktu Penghantaran = 9.30 Pagi hingga 10.00 Malam ( Setiap hari kecuali hari Ahad = Cuti )

Buat masa ini servis penghantaran standard kami hanya tersedia untuk pelanggan yang berada dalam kawasan Perak sahaja. Jika anda ingin kami hantarkan di luar kawasan Perak, anda boleh masuk ke Shopee kami dan lakukan pembelian disana. 

Shopee Hanis

Special Order

Last Minute Order

Boleh kami bantu?